Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Zarina malu, sakit hati dengan tindakan JAIS

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Pengantin perempuan yang ditahan semasa melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu pada hari Ahad lalu berkata beliau berasa sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala akibat tindakan pihak berkuasa agama.

Laporan The Malaysian Insider menyebut, Zarina Abdullah Majid, 32, berkata beliau berasa malu kerana tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

“Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana telah menghabiskan RM30,000 untuk majlis perkahwinan berkenaan, demi mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, seorang pemuda Hindu.

Katanya, beliau nekad untuk meneruskan upacara mengikut adat Hindu itu kerana tidak berjaya menukar status agamanya selepas membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan itu.

“Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri,” katanya seperti dipetik laman berita tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Zarina berusaha menggugurkan status agama Islam dalam kad pengenalannya sejak 2007 melalui proses di Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Nekad gugur status Islam

Beliau juga membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengupah peguam bagi tujuan itu, lapor laman itu lagi.

Zarina berkata, beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha untuk menggugurkan status agama Islamnya itu.

Menurut laporan itu lagi, Zarina berkata bapanya ibunya S Vasandamma merupakan seorang Hindu, seperti juga bapanya, S Mahendran ketika pasangan itu berkahwin pada tahun 1980.

Bapanya menukar nama kepada Abdullah Majid apabila memeluk Islam selepas itu, namun ibunya kekal beragama Hindu.

Ekoran tindakan bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dirakam sebagai seorang Islam.

Bapanya bagaimanapun meninggalkan mereka pada 1990 dan beliau dibesarkan oleh ibunya, menurut laporan itu lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722