Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

JAIS: Tindakan tatatertib jika bersalah serbu perkahwinan Hindu

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawainya yang didapati ingkar perintah dalam serbuan kontroversi ke atas upacara perkahwinan Hindu, pada Ahad lalu.

"Satu siasatan dalaman mengenai perkara ini sedang dibuat oleh JAIS. Sekiranya didapati pegawai adalah ingkar perintah, tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai berkenaan," kata JAIS dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman.

Kenyataan yang sama juga mengakui bahawa pegawai-pegawai JAIS dimaklumkan bahawa sebarang penguatkuasaan kepada orang bukan Islam perlu mendapat kebenaran Exco kerajaan Selangor dan dimaklumkan kepada pegawai atasan JAIS terlebih dahulu.

"Pihak JAIS memandang serius akan hal ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pegawai yang didapati bersalah dan ingkar perintah," kenyataan itu dipetik.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyifatkan serbuan ke atas Zarina Abdullah Majid, seorang pengamal Hindu dengan nama Melayu pada Ahad lalu sebagai "memalukan" dan "merosakkan majlis perkahwinan".

Beliau juga mengumumkan yang pihak JAIS telah dimaklumkan bahawa sebarang tindakan ke atas orang bukan Islam perlu mendapat keizinan kerajaan negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722