KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mengikut manifesto secara bulat-bulat dalam soal pelantikan Speaker Dewan Rakyat.
Katanya, semua pihak harus sedar dan memahami manifesto PH yang dizahirkan oleh kerajaan baharu itu bukan kitab wajib.
“Tolong faham bahawa manifesto bukannya Bible, ia adalah rujukan.
“Kadang kadang kita boleh melaksanakannya, kadang-kadang didapati sukar maka kita harus bertindak secara praktikal.
“Saya rasa rakyat mahu mempunyai seseorang yang tidak ada kaitan dengan parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelantikan Datuk Mohamad Ariff Mohamad Yusof sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat yang didakwa pembangkang sebagai tidak mengikut prosedur Peraturan Mesyuarat Dewan.
Malah pelantikan Mohamad Ariff juga dikatakan tidak mengikuti manifesto PH yang mensyaratkan pelantikan speaker haruslah dalam kalangan wakil rakyat.
Terdahulu, Mahathir yang juga Pengerusi PH hadir ke Majlis Mengangkat Sumpah 222 ahli Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat di Persidangan Parlimen Ke-14 hari ini.
Ditanya mengenai tindakan pembangkang yang keluar dewan semasa pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Mahathir menyifatkannya sebagai sandiwara.
“Itu hanya sandiwara mereka memainkan isu yang tidak ada erti. Buat kali pertama bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) keluar dewan. Kini dia faham makna dibalik tindakan itu apabila situasi sama pernah terjadi semasa dia menjadi PM,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu juga menjelaskan mengenai dua tarikh berbeza dalam surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengenai pencalonan Mohamad Ariff.
Tegas beliau, tarikh surat yang dihantar kepada Datuk Roosme Hamzah (Setiausaha Dewan Rakyat) itu tidak diundurkan tarikh pelantikannya.
“Kami telah menyediakan surat itu lebih awal. Saya hanya letakkan tarikh semasa menandatagani surat itu,” tegas beliau lagi.- MalaysiaGazette