Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Lantikan Ariff sebagai Speaker antara proses tambah baik Parlimen

$
0
0
THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara usaha untuk membawa pembaharuan di Parlimen.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa usaha penambahbaikan Parlimen menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap proses demokrasi.

Perbincangan yang meluas telah dilakukan dan keputusan mencadangkan Mohamad Ariff dibuat berdasarkan konsensus antara para pemimpin tertinggi parti.

“Pendirian yang tidak partisan adalah penting bagi seseorang yang ditugaskan untuk membawa pembaharuan di Parlimen,” katanya.

Mohamad Ariff, 69, diumumkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kesembilan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangan pagi ini.– Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722