Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Timbalan speaker gesa polis hormat demo GERAMM

$
0
0

MALAYSIAKINI




Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa rakyat Malaysia agar menyertai protes bagi menuntut kebebasan media bertempat di Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur pada jam 2 petang, esok.

Dikenali sebagai protes 'Pensel Merah', ia dianjurkan Gerakan Media Marah (Geramm) - perikatan longgar petugas dan aktivis media susulan penggantungan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri pada 19 Disember lalu.


Nik Nazmi berharap agar pihak berkuasa menghormati protes esok dan lapan tuntutan GERAMM.

"Kedua-dua hak untuk berhimpun secara aman dan bersuara dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishan Singh semalam dilaporkan berkata yang pihaknya maklum akan protes esok dan akan memantaunya.

Dalam kenyataan berasingan, polis Kuala Lumpur memaklumkan yang Leboh Pasar Besar akan ditutup esok bagi memberi laluan kepada pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka.

Pemuda MCA: Hormati kebebasan media

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA yang baru, Chong Sin Woon (bawah) turut menyatakan sokongannya kepada protes penggantungan The Heat esok.

"Kami ingin tegaskan pendirian Pemuda MCA, rakyat Malaysia bukan sahaja perlu menegakkan kebebasan media, tetapi harus dilihat melakukannya.

"Kita mesti hormati kebebasan media, dan kita perlu jamin semua rakyat Malaysia ada akses kepada pemberitaan yang adil, beretika dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan.

Semalam, sayap pemuda tiga parti dalam Pakatan Rakyat juga menyatakan sokongan mereka kepada protes esok.

Sokongan yang sama turut dizahirkan kumpulan NGO serta aktivis mahasiswa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722