MALAYSIA DATELINE
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Hubungan perdagangan dua hala antara China dan Malaysia diharap dapat dipertingkat menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China, seterusnya memberi manfaat kepada industri minyak sawit, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd Datuk Zakaria Arshad.
Zakaria berkata lawatan tersebut yang dijangkakan Ogos ini, akan menambah baik hubungan perdagangan sedia ada antara kedua-dua negara.
Ditanya sama ada FGV akan menyertai lawatan tersebut, Zakaria berkata FGV masih belum mendapat maklumat daripada pejabat Perdana Menteri mengenainya.
“Kami berharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada industri sawit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Riang Ria 2018 anjuran FGV hari ini seperti dipetik Bernama.
Mengulas lanjut mengenai eksport minyak sawit keluaran syarikat ketiga terbesar di dunia itu berasaskan keluasan tanaman tersebut, Zakaria berkata pembelian pukal dari China telah berkurangan berikutan harga pasaran yang kompetitif di pasaran China dan Malaysia, selain saingan dari negara jiran, Indonesia.
“Penguasaan pasaran FGV di China berada dalam lingkungan 20 peratus hingga 30 peratus, dan kita dapati ia (penguasaan pasaran) telah mencatatkan sedikit penurunan,” katanya.
Sementara itu, menjelaskan mengenai operasi syarikat tersebut, beliau berkata usaha untuk mengkaji semua portfolio pelaburan sedang giat dijalankan.
“Kita akan menyelaraskan mana-mana potrtfolio yang bermasalah dan memberi tumpuan kepada portfolio yang mendatangkan hasil, kita sudah menjalankan usaha ini namun keputusan penyelarasan masih belum diketahui,” kata Zakaria.