Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

‘Apa agenda Nazifuddin ke Taiwan selepas ayahnya dihadap ke mahkamah?’

$
0
0



Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoal tujuan lawatan anak lelaki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib ke Taiwan awal minggu ini yang mengundang kontroversi termasuk di Taiwan.

“Apa yang Nazifuddin lakukan di Taiwan dan agenda apa yang paling penting dalam perjalanan sehariannya?” soal Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkenaan, dalam blog beliau hari ini.

Terdahulu, media Taiwan mendedahkan kelibat Nazifuddin yang dilihat makan malam dengan seorang pelakon negara itu sehari selepas Najib didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, artis berkenaan, Celia Zhang memberitahu membayar sendiri bil makan malam dengan Nazifuddin di Taipei.

“Zhang tidak mahu masalah ini berlarutan dan meminta semua pihak agar jangan bimbang. Zhang berterima kasih atas perhatian dan komentar yang diterima,” maklum pengurusan artis yang menaungi Zhang semalam.

Mengulas lanjut, Kit Siang berpendapat sangat sedikit yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan singkat Nazifuddin ke Taiwan hanya untuk pertemuan dengan wain dan makan dengan Celia.

Kit Siang berkata, hanya Nazifuddin yang boleh menjawab soalan itu.

“Adakah dia berbuat demikian?” soalnya lagi.

Nazifuddin Najib

Baru-baru ini, Nazifuddin menganggap bapanya sanggup menghadapi penderitaan akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadapnya jika itu membahagiakan rakyat Malaysia.

“Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

“Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana.

“Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu,” katanya menerusi Facebook beliau, 5 Julai lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722