Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ombak yang melanda: Mat Sabu yang boleh bantu Dr Mahathir mengekangnya

$
0
0




Hutang negara Malaysia bukan main besar. Pada RM1.09 trillion ia bakal menenggelamkan Malaysia. Para pelabur di Malaysia juga agak terperanjat. Setakat ini, wang pelaburan yang dikeluarkan dari bursa Kuala Lumpur sudah mencecah USD33 billion.

Tapi hakisan pelaburan ini tidak akan berterusan. Kerajaan Malaysia mempunyai barisan menteri yang boleh menangani perkara sebegini; apatah lagi Kementerian Pertahanan bakal mengamalkan dasar luar yang bersifat berkecuali. Disinilah Menteri Pertahanan yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan menjadi salah satu menteri yang penting.

Mungkin ramai yang tidak tahu. Sebenarnya, gejala peperangan di antara sebuah negara asing dengan negara yang lain di Timur Asia telah berkurangan dengan begitu mendadak sekali.

Peratusannya adalah 99 peratus sebenarnya. Ini menunjukkan bahawa keadaan politik serantau telah stabil sejak 1976 lagi.

Berikutan dengan kekalahan Amerika Syarikat di tangan Vietnam, banyak anasir anasir yang berunsur aggresif di antara pihak Komunis dan Amerika Syarikat telah mengundurkan diri dari padang peperangan di Indo China.

Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia, sedar bahawa ini merupakan peluang emas untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai “Helsinki di Asia.”

Satu tempat dimana kuasa kuasa besar boleh mencari rakan di Asia kerana Tun Dr Mahathir Mohammad, dan polisi kerajaan Malaysia memang bersikap pro aktif tetapi neutral.

Konsep ini pernah dilaungkan oleh Dr Mahathir pada penggal pemerintahannya yang pertama. Beliau yang menganggap peperangan sesama manusia itu satu aktiviti yang menjijikkan, turut disokong oleh Mat Sabu, yang biasa dan lantang pula dengan bantahannya terhadap manipulasi kuasa kuasa besar di pelbagai rantau; lebih lebih lagi di Timur Tengah.

Dalam konteks ini, tidak salah sama sekali, sekiranya Mat Sabu dibandingkan dengan Allaryaham Tun Ghafar Baba kerana intinya Tun Dr Mahathir memang memerlukan seorang strategis yang tidak angkuh, malah tidak pula jadi pak turut.

Pokoknya, Kementerian Pertahanan tidak akan melontarkan wang kepada industri industri peperangan, sehingga senjata senjata yang canggih dibeli dengan berbilion billion dollar. Tanpa pembelajaan sebegini, pengurusan ekonomi Malaysia bakal jadi lebih mantap dan tenang.

Mahu tidak mahu, ini bakal menjadi satu perkara yang merungsingkan Dr Mahathir, kerana cita cita politik yang meluap luap tidak boleh menyelamatkan Malaysia.

Sebaliknya, yang boleh mendekati Dr Mahathir Mohammad ialah strategis seperti Mat Sabu yang mempunyai hala tuju yang sama dengan Tun sekurang kurangnga dalam tiga perkara. Kenapa begitu?.

Yang pertama, langkah sebenar Dr Mahathir bukan sahaja untuk memandang ke Timur, tetapi untuk merperkasakan jati diri orang Melayu dan Malaysia.

Nilai nilai murni, seperti rendahkan diri dan kesederhanaan telah kian luput dari mentaliti orang Malaysia. Namun sifat sifat ini amat penting dalam abad ke 21 kerana banyak bidang yang harus dipelopori, terutamanya sains dan teknologi. Kesemuanya telah berada dalam genggaman orang orang Barat.

Allaryaham Ghaffar Baba pernah bertutur dalam Bahasa Jepun, berdasarkan perkataan perkataan “romanji” yang boleh dibacakan mengikut skrip.

Mungkin ini boleh dijadikan bahan lawak atau lucu, tapi di dalam persepsi orang Jepun, Allaryaham Tun Ghaffar Baba merupakan seorang timbalan Perdana Menteri yang bijak mengambil hati Tun Dr Mahathir dan juga tidak takut kepada risiko. Apatah lagi, Allaryaham Tun Ghaffar Baba menggulungkan pidatonya kepada pihak peniaga peniga Jepun dengan “minna San wakarimasu ka?”

Perkataan ini bermaksud, “adakah hadirin sekalian faham dengan apa yang telah saya bacakan tadi?”

Seluruh hadirin pun bertepuk dengan kuat dan menjerit “Bagus!”, kerana mereka memang faham dengan apa yang disuarakan. Abang Mat mempunyai kaliber sebegini dan keyakinan diri yang sama juga.

Hubungan politiknya dengan Tun Dr Mahathir tidak lain seperti aur dengan tebing; erat lagi padat.
Sekiranya Abang Mat boleh mendalami apa yang Malaysia perlukan, dari segi peralatan tentera, terutamanya anggota tentera laut, banyak peralatan maritime yang boleh diberikan secara percuma oleh pihak Jepun.

Dalam pertemuannya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Singapura baru baru ini, Abang Mat menegaskan semua pihak harus tidak menghebohkan penetapan penetapan tentera China di Laut China Selantan kerana ini merupakan satu proses yang bakal berpanjangan.

Maka dialog harus digunakan untuk melonggarkan kesan kesan perhubungan antarabangsa yang terlalu tegang dan ketat. Kepincangan sebegini memang tidak memerlukan kapal kapal perang yang besar besar, kerana China juga tidak akan mengalah, memandangkan emosi nationalism yang telah menular.

Pihak kerajaan China yang telah bergelut dengan begitu lama di bawah kuasa kuasa besar harus arif dengan perasaan ini.

Kedua, di dalam arena politik, apa lagi di ambang umur Tun Dr Mahathir Mohammad yang kian suntuk, beliau memerlukan seorang pendengar yang halus, telus dan beradab. Kesemuanya ini ciri ciri Abang Mat yang semulajadi. Tidak payah berdrama ataupun mengampu untuk mencapai kesannya yang diingini.

Ketiga, biarpun Allaryaham Tun Ghaffar pernah kalah di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertandingan UMNO, pengunduran Allaryarham turut dikenali sengai seorang negarawan yang berwibawa, atau, “gentleman.”

Mat Sabu, atau lebih dikenali di seluruh Malaysia sebagai Abang Mat, memang seorang Menteri Pertahanan yang lasak tapi tenang serta strategik dalam segala pengurusan parti dan kementeriannya.

Sekiranya ada krisis yang melanda Malaysia, Abang Mat boleh menyelesaikannya dengan Dr Mahathir kerana kedua duanya sudah mempunyai keyakinan dan saling percaya mempercayai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722