Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tegur saya jika buat silap, pinta Menteri Wilayah kepada jamaah masjid

$
0
0


Khalid memberikan ucapan sulung kepada penduduk Wilayah Persekutuan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya menjelang solat Jumaat hari ini.

Menteri Wilayah yang haru, Khalid Abdul Samad meminta penduduk Putrajaya agar menegur beliau jika membuat apa-apa kesilapan ketika beliau mengemudikan kementeriannya.

Ketika memberikan ucapan sulung kepada warga Wilayah di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sebelum solat Jumaat tadi, Khalid berharap sangat agar beliau ditegur jika membuat kesilapan nanti.

“Amanah yang saya terima ini sangat berat. Harap-harap bantulah saya dengan menegur dan memberikan nasihat.

“Tegurlah saya jika berbuat silap, nasihatlah saya. Insya Allah saya akan menerimanya dengan baik,” kata Khalid pada hari ke empat beliau mula bertugas sebagai Menteri Wilayah.

Khalid berucap kira-kira 15 minit sebelum azan dilaungkan sebagai tanda masuknya waktu zohor di Putrajaya sebelum khutbah dan solat Jumaat ditunaikan.

Seorang jamaah masjid mengambil peluang untuk bergambar dengan Khalid selepas solat Jumaat.

Dalam ucapan itu juga, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, akhlak umat Islam sekarang banyak yang rosak kerana pemimpin gagal menunaikan tanggungjawab mereka.

“Janganlah kita menjadi rosak kerana akhlak kita yang buruk dan mengkhianat.

“Perebutan harta dunia ini antara punca kegagalan kita,” kata beliau menyindir pemimpin yang rasuah sehingga menyebabkan akhlak rakyat juga menjadi rendah.

Beliau juga meminta semua pihak agar mengejar kedua-dua, iaitu dunia dan juga akhirat.

“Dunia dan akhirat penting kedua-duanya dan ia boleh dicapai melalui akhlak yang baik,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722