Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib hanya pentingkan imejnya, kata Syed Rosli

$
0
0

Najib perlu lebih peka isu berkaitan hak istimewa orang Melayu.
Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lebih mementingkan perkara remeh apabila beliau mengeluarkan notis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Malaysiakini.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman Al-Jamalulail (gambar), Najib perlu lebih peka dengan isu-isu lain berbanding mengambil pusing akan isu yang boleh dianggap remeh ini.

“Saya berasa amat terkejut dengan surat amaran yang dikeluarkan kepada portal Malaysiakini berkenaan artikel krisis Umno Terengganu baru-baru ini,” luahnya.

Peguam, Datuk Muhd Hafarizam Harun, mewakili Umno dan Najib mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata- kata berunsur fitnah.

Dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?” mengandungi mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Menurut notis yang dikeluarkan, artikel itu seolah-olah bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia.

Kenapa Najib gusar

Syed Rosli berkata kenapa Najib gusar dengan penyiaran rencana itu kerana yang komen adalah pembaca dan bukannya penulis artikel.

“Sepatutnya dia menjawab artikel itu kerana jika portal itu tidak beri peluang kepadanya menjawab, barulah dia dapat teruskan notis saman itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merasakan bahawa Perdana Menteri lebih menjaga imej beliau daripada mengambil tindakan terhadap MCA iaitu parti komponen BN, di mana rata-ratanya menentang Hukum Hudud secara terang-terangan.

“Saya percaya ramai ahli Umno terguris hati dalam hal ini. Najib juga gagal mengambil tindakan tegas terhadap DAP dan PKR yang secara jelas telah mencabar hak keistimewaan orang Melayu seperti mana telah termaktub di dalam Pelembagaan Persekutuan,” katanya.

Soalnya lagi, adakah Najib lebih mementingkan imej beliau dari memastikan kesucian agama Islam dan pertahankan hak- hak orang Melayu.

“Saya sebagai ahli Umno sudah lama kecewa dengan cara kepimpinan Najib,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722