Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ramkarpal: 'Jangan ambil maknanya secara literal'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


BUKIT GELUGOR Calon DAP di Bukit Gelugor Bukit Ramkarpal Singh berkata makna tulisan 'Saya Karpal Singh' pada banner dan poster DAP tidak seharusnya diambil secara 'literal'.

"Jangan ambil secara literal, apa yang kita mahu ialah supaya rakyat meneruskan semangat itu dan supaya mereka tahu bahawa kami akan meneruskan perjuangan Karpal," kata Ramkarpal selepas menghadiri gotong-royong di Desa Mawar, Air Itam pagi ini.

"Semua orang kata mereka adalah Karpal Singh tetapi sebenarnya
tiada siapa pun yang boleh jadi beliau, hanya ada seorang Karpal Singh," kata anak ketiga mending MP Bukit Gelugor itu.

Ramkarpal merujuk kepada aduan calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar yang menggesa majlis tempatan supaya tidak mengamalkan 'double standard' apabila merampas sepanduknya "Hudud di Pulau Pinang 2020'.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas sepanduk Mohamed Nabi Bux kerana memaparkan lambang negeri Pulau Pinang, yang menyalahi undang-undang, kerana beliau didakwa tidak mendapat sebarang kebenaran untuk menggunakannya.

Calon bebas itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya turut bertindak terhadap sepanduk DAP 'Saya Karpal Singh'.

Mereka sepatutnya menggunakan sepanduk yang berbunyi 'Saya
anak Karpal Singh" kata Mohamed Nabi Bux selepas membuat laporan polis terhadap MPPP yang merampas sepanduknya di di Jalan Pattani semalam.

Calon Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan juga bertanya sama ada wajar bagi DAP menggunakan banner yang memaparkan gambar Karpal dalam kempennya.

Difahamkan SPR sedang mengkaji perkara itu sama ada tindakan itu melangar peraturan pilihan raya.

Ramkarpal berkata adalah sukar untuk beliau menjelaskan perkara itu kepada Mohamed Nabi Bux jika dia enggan untuk memahami apa maknanya slogan DAP itu, dan jika dia masih mahu mengambil maknanya secara literal.

Menurutnya, DAP akan terus menggunakan kain rentang dan poster itu kerana SPR belum memberitahu parti itu sama ada menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722