Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar: ‘Orang luar’ buat kecoh, ceroboh pusat undi mesti disiasat

$
0
0
Oleh Lyn Nasir


PETALING JAYA : Siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Lembaga Disiplin KEADILAN terhadap insiden kekecohan sepanjang proses pengundian mendapati, ia dilakukan oleh orang luar yang menceroboh pusat pengundian, bukannya anggota parti.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, di mana terdapat elemen bukan anggota parti menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian.

PC Anwar“Kita dapati ada percubaan daripada bukan anggota yang sengaja, mungkin diupah untuk timbulkan huru hara.

“Ada proses yang berjalan sampai 4.30 petang dengan baik, tapi 4.40 petang datang segerombolan gangster pecahkan peti undi yang dikenalpasti daripada video yang JPP perolehi,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar selanjutnya menegaskan, KEADILAN tidak akan kompromi dalam soal ini dan mahu perkara tersebut didedahkan.

“Kita mahu perkara tersebut didedahkan kepada awam sebab kita memang takkan melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan penipuan.

“Dalam mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan (Timbalan Presiden) Azmin Ali pada Rabu lalu, kita ambil keputusan untuk mengarahkan JPP mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat dengan penipuan dan keputusan tersebut disokong oleh semua pihak,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, kekecohan berlaku ketika proses Pemilihan Cabang Kuala Langat pada 11 Mei lalu. Sekumpulan lelaki dipercayai

kononnya anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian cabang tersebut di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, 5 minit sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang.

Mereka mendakwa proses pengundian cabang berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon Ketua Cabang serta beberapa petugas di pusat pengundian.

Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya semua peti undi dihantar ke ibu pejabat parti untuk proses pengiraan.

“Sekiranya ada isu cacat cela dalam proses pengundian termasuk penipuan, gangsterism dan disiplin, maka sisasatan penuh wajib

dijalankan dan tindakan disiplin harus diambil.

“Ditegaskan bahawa JPP dan Lembaga Disiplin telah diarah untuk tidak melindungi mana-mana anggota dan perkara ini masih disiasat.

“Ini bagi memastikan elemen-elemen ini tidak berulang dan dibuang daripada parti,” kata Anwar.

Pemilihan kali ini turut menyaksikan 27 Cabang seluruh negara terpaksa mengadakan pengundian semula kerana bermasalah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722