Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Polis serah kertas siasatan Isma kepada peguam negara minggu depan

$
0
0
OLEH LEE SHI-IAN


Kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman diserah kepada Pejabat Peguam Negara, minggu depan. Gambar fail The Malaysian Insider.Kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman diserah kepada Pejabat Peguam Negara, minggu depan. Gambar fail The Malaysian Insider. 




























Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Polis menyiasat Abdullah Zaik di bawah Akta Hasutan 1948 selepas MCA dan DAP membuat laporan polis terhadapnya.

Abdullah Zaik didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap masyarakat Cina di Malaysia dengan melabelkan mereka sebagai "penceroboh" dan mempersoalkan kemewahan serta kerakyatan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata kepada The Malaysian Insider, Abdullah Zaik disiasat minggu lalu.

"Kenyataan Abdullah Zaik direkodkan dua hari selepas laporan polis dibuat pada 7 Mei. Saya boleh mengesahkan perkara itu," katanya.

DAP dan MCA membuat laporan polis pada tarikh itu secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Kenyataan Abdullah Zaik menimbulkan respon negatif komuniti Cina termasuk ahli politik pelbagai parti yang mendesak tindakan diambil terhadapnya.

Namun, beliau menegaskan kenyataannya itu tidak memberikan ancaman kerana ia merupakan "fakta sejarah."

"Kenapa saya perlu memohon maaf? Itu sejarah; orang Cina lupa asal usul mereka jadi saya perlu ingatkan mereka.

"Saya enggan membuat permohonan maaf, mereka yang perlu menjaga perasaan kita," katanya.

Beliau berkata, ia adalah kesalahan yang perlu diperbaiki, dengan tidak menyatakan langkahnya.

"Tiada siapa berhak menggadaikan kedaulatan Islam dan Melayu di tanah ini," katanya dipetik daripada laman web Isma.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggesa Isma mendiamkan diri kerana kenyataan mereka merosakkan negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722