MALAYSIAKINI
Amaran perdana menteri berhubung ancaman 'humanrightism' terhadap Islam sebenarnya hanya momokan kerajaan untuk mengetatkan penguasaan terhadap orang Melayu dan terus melanggar hak asasi manusia, kata wakil rakyat DAP.
Anggota Parlimen Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari (kanan) berkata, sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan pada gerakan hak asasi manusia jika tiada apa yang disembunyikan.
“Seperti kata pepatah Melayu, siapa makan cili, dia yang terasa pedas.
“Dengan kata lain, hanya regim penindas mempunyai sebab untuk takut pada hak asasi manusia kerana ia mengganggu mereka,” kata Zairil dalam kenyataannya.
Najib pada 13 Mei dilaporkan berkata, agama Islam dan umatnya kini diuji dengan serangan agresif baru “humanrightisme” yang mengagungkan nafsu manusia semata-mata.
Bercakap di Kuantan selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran kebangsaan ke-57, beliau berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.
Katanya, fahaman itu berencahkan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila.