Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

BERNAS diingatkan jangan potong belian berlebihan

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diingatkan supaya tidak mengenakan kadar pemotongan belian padi secara berlebihan sehingga membebankan petani.
  
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah kerajaan menaikkan harga padi daripada RM950 kepada RM1,200 setan metrik tidak akan memberi kesan untuk membantu petani jika Bernas terus melakukan pemotongan antara 25 dan 30 peratus setiap satu tan metrik padi yang dibelinya.
  
"Seboleh-bolehnya pemotongan tidak melebihi 20 peratus, kalau kurang daripada itu lebih baik," katanya ketika berucap merasmikan program 'Road To MAHA 2014' peringkat negeri Kelantan di Padang Selising di Pasir Puteh, semalam.
  
MAHA 2014 merujuk kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dijadual berlangsung November ini.
  
Tajuddin menarik perhatian Bernas merupakan satu-satunya agensi yang diberi kebenaran oleh kerajaan untuk mengimport beras dari luar negara bagi menampung keperluan beras dalam negara setiap tahun.
  
"Mereka mendapat keuntungan besar dan sewajarnya turut membantu kerajaan dalam usaha menghapuskan kemiskinan dalam kalangan petani," kata Tajuddin.
  
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berharap pengurusan Bernas membuat pemantauan di pusat-pusat belian padi yang didakwa menetapkan kadar pemotongan sesuka hati.
  
"Saya tidak menyalahkan pihak pengurusan semata-mata, biasanya penyelewengan akan berlaku di pusat belian yang tidak dipantau," katanya.
  
Mengenai dakwaan kesukaran golongan berpendapatan rendah mendapatkan beras harga murah yang diberi subsidi oleh kerajaan, Tajuddin meminta pihak pengilang membekalkan beras berkenaan secara terus ke kedai runcit di luar bandar.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722