MALAYSIAKINI
Tiga buah konsesi bersetuju dengan tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air oleh kerajaan Selangor, menjadikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) satu-satunya syarikat yang enggan menerima tawaran itu.
Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bersetuju dua syarikat konsesi airnya – Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) – diambil alih oleh Selangor, tertakluk kepada persetujuan rasmi pemegang saham kedua-dua syarikat itu setelah mesyuarat agung khas (EGM).
Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama menteri besar dan menteri tenaga, teknologi hijau dan air hari ini, yang diedarkan oleh sekretariat Selangor.
Sebelum ini pemegang saham ABASS telah bersetuju kepada tawaran untuk pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air yang telah dipersetujui oleh pemegang saham ABASS pada harga RM900 juta.