Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kassim Ahmad persoal status sah waran tangkap syariah KL di Kedah

$
0
0
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Dr Kassim Ahmad mempersoalkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menahan dan mendakwanya di Mahkamah Syariah Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.Dr Kassim Ahmad mempersoalkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menahan dan mendakwanya di Mahkamah Syariah Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider



Jika Islam merupakan kuasa bagi setiap negeri di Malaysia, apakah waran tangkap yang dikeluarkan oleh sebuah negeri juga sah digunakan di negeri lain? Atau adakah bidang kuasa pihak berkuasa agama sama seperti polis persekutuan yang bertanggungjawab bagi seluruh negara?

Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang akan ke mahkamah dengan persoalan ini berkata, beliau diculik dari rumahnya di Kulim, Kedah dan dibawa ke Putrajaya untuk menghadapi tuduhan di Mahkamah Syariah dengan waran daripada negeri yang melanggar hak Perlembagaan.

Peguamnya berkata, waran sedemikian tidak boleh digunakan kerana pihak berkuasa agama negeri mempunyai bidang kuasa terhad berbanding undang-undang persekutuan agensi penguatkuasaan seperti polis.

Mereka berkata waran yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya boleh dikuatkuasakan dalam bidang kuasa itu.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal bulan ini, Kassim, 80, berkata waran tangkap itu adalah batal dan tidak sah, termasuklah penahanannya.

Beliau berkata, ia mengakibatkan beliau hilang kebebasan, menjalani tekanan dan penderaan mental, mengalami kecederaan fizikal dan kerugian.

"Saya juga ditahan tanpa makanan dan minuman dan tidak mempunyai akses kepada peguam," katanya dalam dokumen mahkamah yang dilihat oleh The Malaysian Insider.

Kassim meminta ganti rugi dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga mahu Mahkamah Sivil mengisytiharkan dakwaan terhadapnya oleh Mahkamah Syariah Putrajaya itu cacat dan Mahkamah Syariah Putrajaya tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan yang didakwa itu.

Kassim menamakan sembilan pihak, termasuk Putrajaya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Jawi dan Jabatan Agama Islam Kedah sebagai responden.
Permohonan semula kehakiman akan didengar pada 16 Julai.

Pada 27 Mac, Kassim didakwa atas dua kesalahan mengikut Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Kesalahan pertama adalah mengikut Akta Jenayah Syariah kerana didakwa mengucapkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam manakala yang kedua adalah melanggar fatwa atau tidak mengingkari pihak berkuasa agama.

Pertuduhan terhadap Kassim adalah berikutan kenyataan kontroversi beliau di seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Kajian", pada 6 Februari yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana yang dinaungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam afidavit menyokong permohonan itu, Kassim berkata beliau ditangkap di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kulim Golf Club, berhampiran Kulim, Kedah, kira-kira pukul 1:30 petang pada 26 Mac.

Beliau berkata, polis, pegawai penguatkuasa Jawi dan Jabatan Agama Islam Kedah dengan beberapa buah kenderaan mengepung rumahnya dan mengasari beliau sebelum ditangkap.

Beliau berkata tiada sebab diberi bagi penangkapannya tetapi menambah keseluruhan kejadian itu mirip kepada kejadian penculikan.

Kassim berkata beliau kemudian diiringi ke balai Polis Kulim di mana laporan dibuat sebelum dibawa dalam sebuah van ke Pulau Pinang pada sebelah petang.

Beliau diterbangkan dari Pulau Pinang ke LCCT Sepang sebelum dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722