Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Persembahan ‘sarkas Umno’ menyusahkan rakyat – Azan Ismail

$
0
0
Amirul Azhan

azan_ismail
KUALA  TERENGGANU : Kemelut dan kekecohan melanda Terengganu memperlihatkan episod demi episod drama ciptaan Umno yang akhirnya menyusahkan rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu.

Ini berikutan tiga calon DUN Umno yang mengisytihar keluar parti dan menjadi calon bebas dikhabarkan menyertai Umno semula.

“Umno-BN memperlihatkan persembahan sarkas yang tidak menghiburkan dengan tiga aktor utama ‘three stooges’ (Ahmad Said, Ghazali dan Roslee),” kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.

“Untuk capai kehendak Umno BN, episod peralihan Menyeri Besar menyusahkan rakyat. Lakonan dipujuk, (kemudian) diberi habuan dan masuk Umno semula,” tambahnya.

Kemelut politik Terengganu bermula apabila pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dibantah sebahagian Adun BN negeri itu menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said mengisytihar keluar daripada Umno.

Menyifatkan tindakan tersebut tak ubah seperti ‘lanun’, kata Azan agenda utama Adun Umno-BN di Terengganu hanyalah merompak khazanah negeri untuk dikongsi sesama mereka.

“Sama seperti episod MH370….seolah-olah direka pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan semata-mata mengalihkan pandangan,” kata Azan yang juga Adun kawasan Bandar, Terengganu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722