MALAYSIAKINI
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan mengumpamakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan seperti hukum hudud yang menurutnya perlu diperjelas sebelum boleh diterima umum.
Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha menerangkan GST dengan program melibatkan dana RM250 juta.
"Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik," kata Ahmad kepada pemberita.
Katanya, hudud yang diperdebat sejak 20 tahun lalu juga masih bergelut dengan pelbagai kontroversi.
"Jika anda baca satu buku, dalam satu hari, anda boleh faham hudud. Begitu juga dengan GST – dalam satu jam anda boleh faham.
"Namun jika anda tidak dapat maklumat betul, sehingga tahun 2020 pun anda tidak faham GST," katanya lagi.
Ahmad turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai "penipuan" mengenai GST dan mempromosi dua laman rasmi kerajaan yang menurutnya perlu dikunjungi untuk memahami cukai tersebut.
Beliau mengulas bantahan oleh seramai kira-kira 50,000 yang orang memenuhi Dataran Merdeka pada Hari Buruh bagi menggesa GST dimansuhkan.
Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong PAS dari seluruh negara, yang turut menyokong pelaksanaan hudud di negeri dikuasai parti itu di Kelantan.
Ahmad berkata, berbeza dengan hudud, GST sudahpun diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Oleh itu, kerajaan tidak boleh berpatah balik dari usaha melaksanakan cukai tersebut dan hanya boleh mendidik rakyat supaya menerimanya.
"Sejumlah 160 negara seluruh negara melaksana GST, jadi mungkin menteri kewangan mereka juga jahil? Ekonomi mereka tidak runtuh (selepas laksana GST)," katanya.