MALAYSIAKINI
Media sosial meletus dengan ejekan berhubung gambar yang menunjukkan Menteri Besar baru Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mencium tangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Gambar itu dirakam semasa satu perjumpaan di kediaman rasmi
perdana menteri di Putrajaya semalam untuk menyelesaikan krisis politik di Terengganu.
Pada halaman Facebook Malaysiakini, terdapat sekitar 500 komen mengenai gambar tersebut, dan dikongsi oleh 700 yang lain. Dan ini hanya di edisi bahasa Inggeris portal berita tersebut sahaja.
Kebanyakan pengulas mengkritik Ahmad Razif dan menganggapnya sebagai perbuatan "mengampu".
Turut serta ialah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tweet semula gambar itu dengan tulisan "Hidup Feudalisme Umno".
Ini mendorong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membalas dengan gambar lain, yang menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur mencium tangan Anwar.
Gambar itu yang dipercayai diperolehi dari sebuah portal berita, telah menarik banyak reaksi.
Pengguna Twitter Keem Mazni memuji Khairy dengan berkata: "Hahaha! Good one KJ! Suka Cakap tapi lupa diri."
Seorang lagi pengguna, Ahsraf Roslan berkata: "Wah! Khairy simpan gambar Anwar dalam hp? Thats good!.