Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PAS tumpu pengundi Melayu di Teluk Intan

$
0
0

ANIS NAZRI 


KUALA LUMPUR: PAS Perak akan memberikan tumpuan kepada setiap unit peti undi (UPU) Melayu yang terdapat di parlimen Teluk Intan berdepan pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu 31 Mei ini.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata pihaknya juga akan menumpukan sepenuh usaha di salah satu Dun yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu, iaitu Dun Changkat Jong.

Beliau juga berkata PAS Perak telah membentuk satu jawatankuasa operasi pilihan raya yang diketuai Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Perak, Khairul Anuar Ismail yang akan bergerak sepnjng kempen PRK Teluk Intan.

"Dalam masa sama, kami juga telah membentuk jawatankuasa bersama dengan DAP dan PKR, bagi persediaan bersama menghadapai PRK ini.

"Dan akan ada satu mesyuarat bersama pada Jumaat ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Razman turut memaklumkan satu pelancaran gerak kerja jentera Pakatan Rakyat pada 18 Mei ini, yang akan dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, selain pimpinan utama DAP dan PKR.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia kerana penyakit kanser.

Pada PRU-13, Leong menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722