Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bukan tiga, ramai lagi mahu keluar Umno - Mat Said

$
0
0

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mendedahkan sebenarnya ramai lagi yang mahu bertindak keluar parti ekoran krisis dalaman Umno Terengganu.

Bercakap pada sidang media di kediamannya petang ini, Adun Kijal itu berkata bagaimanapun beliau hanya mengumumkan tiga Adun keluar Umno menjadi bebas.

Beliau mendakwa, tindakan mengumumkan hanya tiga orang itu kerana tidak mahu PAS menubuhkan kerajaan secara mudah dengan mempunyai lebih kerusi berbanding BN.

"Sebab itu saya kata tiga walaupun ada lebih daripada itu. Kalau kita kata empat atau lima, sudah tentu PAS sudah tubuh kerajaan," katanya.
Selain beliau, dua lagi yang turut mengikut jejak langkah keluar Umno adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Taib.

Mengulas tindakannya membuat pusingan U dengan kembali kepada pangkuan Umno, Ahmad berkata tindakan tersebut kerana masih sayangkan parti.

Sementara itu, Roslee Daud berkata tindakan keluar parti sebelum ini dibuat kerana terkejut dengan perubahan kepimpinan kerajaan negeri secara tiba-tiba.

"Bukan marah atau merajuk, tetapi sebab terkejut dengan keputusan yang berlaku dengan tiba-tiba.

"Kita tidak sedar dengan perkembangan semasa sehinggalah berlakunya perubahan kepimpinan yang berlaku dalam suasana yang begitu cepat," katanya kesal dengan apa yang berlaku.
Ketiga-tiga adun tersebut kembali kepada Umno selepas 48 jam mengisytiharkan keluar parti dan setelah campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722