Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dituduh beli undi, Khalid Ibrahim saman Manikavasagam

$
0
0
OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) akan ambil tindakan mahkamah terhadap S Manikavasagam kerana menuduhnya melakukan rasuah dalam pemilihan PKR. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) akan ambil tindakan mahkamah terhadap S Manikavasagam kerana menuduhnya melakukan rasuah dalam pemilihan PKR. Gambar fail The Malaysian Insider. 






























Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan mahkamah terhadap calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S Manikavasagam kerana menuduhnya mengamalkan politik wang pada hari pemilihan Cabang Ahad lalu.

Khalid berkata, pihaknya mengarahkan peguam menghantar notis tuntutan maaf kepada bekas ahli Parlimen Kapar itu sebelum saman fitnah difailkan.

"Saya mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Saman kepada Manikavasagam kerana menuduh saya melakukan rasuah membeli pengundi," katanya dalam kenyataan melalui Twitter hari ini.

Manikavasagam pada Ahad lalu mendakwa Khalid memberi rasuah wang kepada pengundi sebanyak RM50 seorang dan mempunyai bukti rakaman video yang akan didedahkannya dalam laman web.

"Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.
"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR semalam turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan terhadap menteri besar Selangor itu.

"Setakat ini tidak ada aduan politik wang, bagi calon yang berjawatan negeri, termasuk exco, kehadiran mereka dalam majlis rasmi negeri tidak disifatkan sebagai satu bentuk kempen," kata Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722