MALAYSIAKINI
Penangguhan pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen oleh PAS bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan disambut baik NGO Islam.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhujah, langkah itu dapat memberi lebih masa kepada pelbagai pihak mengemukakan cadangan sebelum Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.
“Ini memberi masa yang lebih kepada jawatankuasa teknikal (antara kerajaan Pusat dan Kelantan) dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan,” kata presidennya Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu semalam berkata, PAS tidak akan mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal bersama untuk membuat sarana berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Mohamad yang membacakan kenyataan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia juga bagi membolehkan jawatankuasa tersebut mengambil tindakan lanjut.
Dalam kenyataannya, Mohd Parid berkata, pelaksaannya undang-undang itu sebaiknya dilakukan selepas “beberapa fasa” bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan semua.
Fasa-fasa itu menurutnya:
“Hukuman sepatutnya disasarkan kepada mereka yang sengaja melakukan jenayah,” kata Mohd Parid.
Di samping menawarkan kepakaran bagi membantu jawatankuasa bersama yang dibentuk, IKRAM juga akan menggerakkan ahlinya bagi memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam.

- Masyarakat perlu diberi penjelasan agar memahami falsafah dan tujuan sebenarnya sistem jenayah syariah.
- Pemerintah perlu memastikan kebajikan rakyat didahulukan sehingga rakyat tidak terdorong melakukan jenayah atau maksiat.
- Pemerintah perlu memastikan segala usaha atau dorongan ke arah maksiat dikurangkan.
- Pemerintah perlu berusaha agar unsur-unsur yang mempamerkan keindahan Islam turut dilaksanakan seperti sistem ekonomi yang adil dan tidak menindas, ketelusan, tadbir urus yang baik, kebertanggungjawaban dan kebebasan bersuara.