MALAYSIAKINI
MP DAP Datuk Mohd Ariff Sabri menyalahkan dasar kerajaan yang didakwa melakukan “pe-Melayuan” ke atas perkhidmatan awam sehingga menyebabkan mutu perkhidmatan tersebut merudum.
Katanya, mutu perkhidmatan tersebut merosot apabila ia lebih banyak dianggotai oleh orang Melayu.
“Walaupun orang Melayu dipercayai dilahirkan untuk menjadi pentadbir, kesanggupan kerajaan untuk berkompromi dengan mutu dan menekankan kuantiti menyebakan mutu keseluruhannya merosot.
“Apabila satu tugas boleh dijalankan oleh satu individu, sekarang ia mesti disiapkan oleh satu jawatankuasa,” kata bekas ADUN Umno itu.
Dalam tulisannya di blog sakmongkol.blogspot.com berkata, MP Raub itu berkata seorang tokoh perkhidmatan awam, Tan Sri Ramon Navaratnam malah tidak mampu berkata apa-apa apabila beliau menimbulkan dakwaan usaha “pe-Melayuan” itu.
Katanya, Ramon berpendapat bahawa penjawat awam dari kelompok pelbagai kaum dalam pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan bertanggungjawab.
Hanya 300 orang penjawat awam
Tambahnya, Ramon bagaimanapun memberitahu, anggota perkhidmatan awam pada masa itu hanya berjumlah sekitar 300 orang, dan meningkat kepada anggaran 500 hingga 600 orang pada awal 70-an.
Jumlah penjawat awam di Malaysia kini mencecah kira-kira 1.5 juta orang, di 24 kementerian.
"(Ramon) berkhidmat bersama Tun Abdul Razak dengan penuh rasa bangga dan ketika itu kakitangan awam adalah dalam bilangan yang kecil dan berkhidmat dengan dedikasi dan bangga.
"Menjadi seorang penjawat awam adalah lambang kejayaan," katanya dan menambah Ramon memberitahu demikian kepadanya semasa satu pertemuan di kediaman rasmi menteri besar Pahang beberapa tahun lalu.
Mengulas lanjut, beliau menganggap Ramon mengambil jalan selamat dengan memilih jawapan seperti itu untuk mengelak daripada komplikasi politik.
"Selama ini beliau menyebut perkara-perkara yang betul dari segi politik. Saya anggap pandangan beliau terhadap beberapa isu di Malaysia lebih kepada jalan selamat...,” katanya.
Katanya, beliau juga meminta seorang tokoh perkhidmatan awam, yang dinamakannya sebagai Mr J, untuk menjelaskan mengenai mutu perkhidmatan awam pada masa ini.
Tambahnya, tokoh berkenaan membangkitkan kisah seorang ketua kerani Melayu yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan belanjawab jabatannya.
Sikap penjawat awam
“Orang ini tahu lebih banyak mengenai pengurusan kewangan berbanding kebanyakan dari orang yang baru lulus dari universiti dan kolej.
“Sekarang, tugasnya dijalankan oleh satu pasukan tentera,” katanya yang cuba menggambarkan betapa ramai tenaga yang digunakan pada waktu ini untuk menjalankan tugas yang sama.
MP tersebut turut membangkitkan bahawa sikap penjawat awam kini juga berbeza dengan prinsip yang sepatutnya diamalkan oleh anggota perkhidmatan tersebut.
Beliau merujuk kepada satu kenyataan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, yang mengarahkan anggota perkhidmatan awam supaya tidak menghiraukan kenyataan MP pembangkang.
“(Kenyataan itu) sangat tidak profesional. Saya mengutus surat kepada untuk bertanya sama ada beliau sudah lupa mengenai asas perkhidmatan awam – supaya kekal berkecuali dan saksama.
“Ali Hamsa menunjukkan agendanya yang sebenar – itulah punca yang menjejaskan kebanyakan penjawat awam.
“Mereka sanggup menggadai profesionalisme dan tunduk kepada pemimpin politik,” katanya lagi.