MALAYSIAKINI
Anggota Parlimen Sepang daripada PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini membangkitkan kenapa RTM masih belum menyiarkan forum berkaitan hudud yang diadakan pada 9 Mei lalu.
Mendakwa dimaklumkan menteri penerangan belum menontonnya, beliau membangkitkan sama ada perkara itu benar dan kelulusannya diperlukan sebelum siaran.
“Adakah menjadi amalan biasa setiap program wacana politik di RTM seperti wacana hudud ini perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak menteri sebelum dibenarkan untuk disiarkan?” soalnya.
Dalam kenyataannya, beliau juga mahu jaminan sama ada penyuntingan akan dilakukan walaupun dimaklumkan sebaliknya sejurus selesai rakaman.
Menurut Hanipa (kanan), selain beliau, turut menjadi ahli forum, ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (DAP), ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Che Alwi (Umno) dan seorang ahli akademik Universiti Malaya.
Ia, menurut Hanipa, ia dijadual disiarkan tanpa suntingan pada jam 11 malam tadi selama sejam dan penangguhannya cuma dimaklumkan sejam sebelum program.