Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

10 peratus rakyat Sarawak hidup bawah garis kemiskinan

$
0
0

KEADILAN DAILY

 

miskin 


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Sarawak, Chong Chieng Jen dalam sidang Dewan Undagan Negeri Sarawak semalam mendedahkan, kira-kira 270,000 rakyat Sarawak hidup dengan pendapatan dibawah paras garis kemiskinan.

Jumlah itu katanya, lebih 10 peratus dari keseluruhan penduduk Sarawak yang berjumlah kira-kira 2.4 juta orang.

Chong yang juga ahli parlimen Kuching memetik perincian dari jawapan yang diperolehinya di parlimen Malaysia bahawa sehingga September 2013 jumlah keluarga miskin dan miskin tegar di Sarawak berjumlah 24,973 keluarga.

Dari suku kaum Iban, Melayu (12,727 keluarga), Bidayuh (4,855 keluarga), Melanau (4,038 keluarga) dan Penan (3,045 keluarga), lapor Malaysiakini.

“Kalau sebuah keluarga ada lima orang bermakna 270,000 orang hidup dibawah paras kemiskinan tegar

“Jumlah ini kira-kira 10 peratus dari penduduk Sarawak,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

“Sudah tiba masanya kita mengembalikan maruah, dari kerajaan yang penuh rasuah, kronisme dan mengayakan diri sendiri dan lingkungan mereka,” kata Chong yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak.

Chong_Chieng_JenChong (gambar) menegaskan antara yang mesti dihapuskan ialah polisi kerajaan negeri sebelum ini, iaitu dasar pengasingan ratusan ribu hektar tanah yang dimiliki keluaga dan kroni pemimin politik BN Sarawak.

Tambah Chong proses pemberian kontrak kerajaan mesti dibuat secara telus dan adil melalui tender terbuka.

Beliau turut menegaskan, sumber dan kekayaan Sarawak diagihkan secara adil untuk merapatkan jurang miskin kaya yang ketara di Sarawak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722