Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Isma tiupkan api kebencian kaum, agama

$
0
0

Oleh: Rusnizam Mahat


KUALA LUMPUR: Kenyataan dibuat NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang menggelar masyarakat Cina sebagai penceroboh adalah cubaan mengapi-apikan sentimen kebencian kaum dan agama di negara ini.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, kenyataan tersebut sangat bahaya dan boleh mengundang perbalahan kaum dan sengketa agama.

Manuty“Dia tidak memahami sejarah dan apresiasi ayat Al Quran dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang jelas menyatakan Allah mencipta kaum-kaum yang berbeza supaya mereka mengenal antara satu sama lain dan hidup dengan aman.

“Menunjukkan sikap yang terlalu rasis dan taksub keagamaan adalah bertentangan dengan prinsip Islam. Ini boleh membawa kemudaratan kepada hubungan sesama kaum di negara ini yang sekian lama dijalin dengan suasana muhibbah,” tegas beliau.

Katanya lagi, kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, apatah lagi, Abdullah Zaik mengakui memimpin sebuah gerakan Islam.

“Fakta sejarah adalah, kaum Cina dibawa penjajah Inggeris untuk menjana ekonomi dan perlombongan. Mereka telah lama mendapat kerakyatan menerusi jos soli. Itu hakikat sejarah dan tak perlu diungkit-ungkit. Apa yang penting adalah membina kewarganegaraan yang setia kepada raja dan negara,”

“Sepatutnya sekarang ini, prejudis antara kaum dikurangkan bagi mewujudkan masyarakat madani, hormat menghormati antara satu sama lain seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan,” ujarnya.

Pemimpin NGO konservatif itu baru-baru ini menggelar masyarakat Cina Malaysia sebagai “penceroboh” dan “membuli orang Melayu” selepas dibawa masuk oleh British pada era sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.

Ditanya mengenai kenyataan Abdullah Zaik yang mengatakan hukum hudud perlu dijatuhkan kepada bukan muslim, Muhammad Nur berkata pendapat itu tidak muktamad kerana berlaku perbezaan di kalangan ulama.

“Itu bukan keputusan muktamad kerana ia perlu sesuai dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia dan perlu kepada perbincangan yang profesional. Kerana itu ulama berijma, untuk mendapatkan satu proses perundingan agar falsafah hudud itu tidak menimbulkan ketakutan kepada bukan muslim,” ujarnya.

“Beliau (Abdulah Zaik) tidak ‘memasarkan’ Islam secara berhemah kepada “Fiqh al-Aulawiyyat” (prinsip keutamaan) seperti yang diutarakan ramai ulama terkenal termasuk Dr Yusuf Al Qardawi,” tambahnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722