Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata dalam tempoh itu negara mengalami Monsun Barat, di mana lebih banyak hari akan dilalui tanpa hujan.
"Bagaimanapun, hujan masih boleh dijangkakan berlaku pada waktu pagi terutama di kawasan pantai negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia," kata kenyataan itu.
Selain itu, pihaknya juga menjangkakan hujan adalah kurang daripada paras normal pada bulan Jun untuk semua negeri dan kembali kepada paras normal mulai Julai hingga September kecuali Sarawak.
Sebelum ini beberapa negeri di seluruh negara berdepan catuan air ekoran cuaca kering yang melanda negara sejak hujung Februari lalu sehingga hujung April.