Presiden Ikhlas diminta mengemukakan bukti lengkap terhadap setiap dakwaan.
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bahawa pegawainya bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di pusat borong Nilai 3 dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar berkata semua kerja yang dijalankan anggotanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya meminta Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah (gambar) mengemukakan bukti lengkap terhadap setiap dakwaan tersebut.
“Keputusan sama ada menahan atau melepaskan warga asing itu ditentukan Peguam Negara.
“Setiap kes penahanan kita akan rujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu dan pihak Peguam Negara yang membuat keputusan. Bukannyasayaatau pegawai imigresen yang lain.
“Justeru itu saya mendesak supaya dia (Mohd Ridzuan) tunjukkan bukti kepada kita, dengan dakwaan beliau kononnya ada pegawai imigresen yang cuba bersekongkol dengan PATI dan diberikan perempuan sebagai habuan,” katanya.
Semalam, Mohd Ridzuan mendakwa ada pegawai imigresen bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di pusat borong Nilai 3.
Mohd Ridzuan mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung pegawai migresen bersekongkol dengan PATI di Nilai 3, dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah.
Turutbaca
Ikhlas dakwa pegawai Imigresen terima habuan ‘perempuan’