Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tunaikan semua janji sebelum PRU ke 14

$
0
0
FREE MALAYSIA TODAY

Janji manis akan ditayangkan kembali dalam skrip yang sama apabila ‘angin’ PRU 14 mula ‘ditiupkan’ semula.


raja ahmad iskandarPETALING JAYA: Pemuda PAS Perak meletakkan tempoh sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 bagi Kerajaan Negeri Perak pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan kesemua janji projek yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

Menurut Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, sebanyak 41 projek pembangunan dengan nilai anggaran RM4.5 bilion antaranya beberapa projek utama seperti pembinaan Hospital Daerah Kerian (RM186 juta), penyediaan bekalan Gas dari Air Tawar ke Lahat (RM40.9 juta) dan menaik taraf jalan dari Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu ke Bagan Serai (RM90 juta).

“Ini kerana antara janji yang telah dibuat semenjak PRU 12 tahun 2008 yang lalu dan Kerajaan Negeri Perak telah membentangkan sebanyak 41 projek yang telah diumumkan oleh Najib untuk Negeri Perak khasnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Katanya lagi, ini termasuk pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin seperti projek Hospital Seri Iskandar menjelang PRU 13 tahun 2013 yang lalu.

“Selain itu, beberapa projek lain yang telah diumumkan dahulu seperti Institut Kemahiran Mara (IKM) di Selama dijangka menelan kos RM100 juta,” dakwanya lagi.

Selain itu, katanya lagi, isu projek menaiktaraf rumah pangsa Jalan Hospital di Ipoh dan parkir bertingkat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mewujudkan zon bebas cukai di Pulau Pangkor, persimpangan bertingkat Gua Tempurung di Kampar, persimpangan bertingkat Tanjung Malim dan menaiktaraf jalan Slim River  – Tanjung Malim dari dua lorong ke tiga lorong.

“Ini semua antara janji BN untuk pembangunan di Perak khasnya dan terdapat juga beberapa janji projek seperti pembinaan landasan keretapi dari Ipoh – Lumut yang turut juga dijanjikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dahulu masih belum terlaksana,” dakwanya lagi.

Beliau jangka janji manis seumpamanya akan ditayangkan kembali dalam skrip yang sama apabila ‘angin’ PRU 14 akan  mula ‘ditiupkan’ semula.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722