Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Skim insurans mungkin punca makin ramai pekerja diberhentikan, kata MTUC

$
0
0


Skim insurans mungkin punca makin ramai pekerja diberhentikan, kata MTUC
Sistem Insurans Pekerjaan sepatutnya bertujuan untuk memberi ketenangan minda kepada pekerja, tetapi ia mungkin boleh menambah kekecewaan mereka tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
SISTEM Insurans Pekerjaan yang sepatutnya bertujuan untuk memberi ketenangan minda kepada pekerja, mungkin akan menjadi sebaliknya dan menambah kekecewaan mereka pada tahun ini.

Persatuan kakitangan sektor swasta terbesar di negara ini bimbang lebih ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan tahun ini berbanding 2017 apabila banyak majikan yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan SIP sebagai alasan untuk membuang atau memberhentikan kakitangan.

Ini ditambah lagi dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk membenarkan syarikat dalam se
ktor pembuatan untuk menggaji 100% pekerja asing dalam pengeluaran produk mereka.

Majoriti mereka yang akan diberhentikan ialah kelompok pendapatan Bawah 40, yang mempunyai pekerjaan separuh mahir dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Baru-baru ini, SIP tidak mengandungi perlindungan khas bagi tidak menggalakkan majikan memberhentikan pekerja mereka untuk atas alasan yang salah.

“Kami sokong SIP tetapi kami tidak mahu ia disalahgunakan. Kami mahu SIP ada perlindungan sosial di mana majikan tidak boleh menyalahgunakan SIP,” kata Setiausaha Agung MTUC J Solomon.

“Kerana dengan SIP, majikan sekarang boleh cakap pada pekerja ‘saya akan berhentikan kamu kerana sekarang kamu boleh dapat duit daripada SIP’.

“Kami tidak mahu mereka guna SIP sebagai laluan mudah untuk kurangkan tenaga kerja,” kata Solomon kepada The Malaysian Insight.

SIP yang dikuatkuasakan tahun ini, ialah skim kewangan yang membantu pekerja yang diberhentikan sehingga enam bulan.

Pekerja yang diberhentikan akan menerima peratusan daripada gaji terakhir mereka, setiap bulan sehingga mereka dapat pekerjaan semula atau sehingga enam bulan menganggur.

SIP yang dibiayai menerusi caruman majikan dan pekerja dan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pada masa ini, majikan membayar 0.2% daripada gaji pekerja sementara pekerja juga menyumbang 0.2% dalam skim itu.

Skim itu akan membabitkan 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja.
Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata pihaknya menyokong kewujudan SIP tetapi bimbang majikan akan menyalahgunakan skim itu untuk membuang pekerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Februari, 2018.
Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata pihaknya menyokong 
kewujudan SIP tetapi bimbang majikan akan menyalahgunakan 
skim itu untuk membuang pekerja. – Gambar The Malaysian Insight 
oleh Seth Akmal
Kebimbangan MTUC itu berasas kerana organisasi itu sudah lama melihat trend syarikat mengurangkan pekerja rakyat Malaysia dan menggantikan dengan pekerja asing dengan bayaran gaji lebih rendah, kata Solomon.

“Jika kita terus-terusan mempunyai menteri sumber manusia yang tidak bertanggungjawab dan majikan dibenarkan oleh kerajaan untuk menggantikan pekerja tempatan dengan warga asing, maka akan bertambah lagi mereka yang hilang pekerjaan,” katanya.

Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), sehingga September 2017 seramai 30,700 orang hilang pekerjaan.

Tahun ini, Pengarah Eksekutif MEF Shamsudin Bardan berkata sejumlah 50,000 pekerja mungkin diberhentikan.

Shamsudin sebelum ini berkata 2018 akan terus menjadi tahun mencabar bagi pencari kerja kerana syarikat terpaksa berdepan dengan kenaikan kos operasi, dan salah satunya ialah SIP.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia Richard Riot menafikan, dan berkata jumlah pemberhentian kerja pada tahun ini mungkin kira-kira 30,000.

Solomon berkata MTUC mendesak kerajaan memasukkan elemen kod tatalaku untuk keharmonian industri ke dalam SIP bagi mengelak berlakunya salah guna.

Satu bahagian kod menyatakan cara untuk majikan, kesatuan dan pekerja untuk bekerjasama bagi mengelak berlakunya pemberhentian kerja.

Solomon berkata wujud satu hubungan yang terputus di peringkat kerajaan tentang tujuan SIP.

“Ada pegawai kerajaan dengan bangga bercakap mereka dapat membayar 800 pekerja di bawah SIP,” kata Solomon, sedangkan realitinya ialah pekerja ini hilang pekerjaan.

Cakap-cakap besar seperti itu dilihat tidak patut, sama seperti syarikat insurans berbangga membayar untuk kes kematian dan manfaat hilang upaya.

Katanya, mentaliti seperti itu mencerminkan sikap menteri sumber manusia yang tidak serius terhadap kebajikan pekerja, ketika SIP diluluskan.

“Dia tidak balas pun surat daripada MTUC atau kesatuan lain, dan kami antara pihak berkepentingan yang terbesar,” kata Solomon.


“Dia hanya mengadakan perbincangan antara MTUC, MEF dan kerajaan setahun sekali. Kami percaya dia perlu digantikan selepas pilihan raya.”


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles