Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Lawan berita palsu dengan fakta, kata Zaid

$
0
0

Bekas menteri Zaid Ibrahim berkata satu-satunya cara mengetahui kebenaran berita ialah mendapatkan fakta perkara berbangkit.

zaid-ibrahim-news


PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menggesa rakyat memainkan peranan aktif melawan berita palsu, dan satu-satunya cara membezakan berita benar dan palsu ialah mendalami perkara yang dibangkitkan.

Namun perkara itu hanya boleh dilakukan jika maklumat berfakta boleh didapati, katanya di pelancaran buku terbaharunya, “Zaidgeist: Building Bridges for a Greater Malaysia” hari ini.

“Masalah terbesar di negara ini selain kleptokrasi ialah berita palsu dan maklumat palsu,” katanya.

Bercakap mengenai keperluan mengumpul fakta tentang perkara-perkara tertentu, beliau
memberikan contoh pembelian tanah kerajaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“BNM kata pembelian itu normal tapi saya rasa kalau BNM perlukan tanah mengapa kerajaan tidak serahkan sahaja tanah itu.

“Saya tidak tahu banyak perkara tentang BNM, jadi saya perlu lebih banyak membaca.
“Ini satu cara yang kita semua boleh sumbangkan.

LIHAT VIDEO DI SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles