Tarikh Perhimpunan Agung Umno tahun ini dipinda kepada 25 hingga 29 November, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Tarikh asal perhimpunan dijadualkan pada hujung Oktober.
Beliau memaklumkan bahawa perhimpunan lima hari itu akan bermula dengan taklimat presiden pada 25 November dan diikuti dengan perasmian perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.
Perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan berlangsung pada keesokan harinya, 26 November.
"Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2014 pula akan bermula pada 27 November dan berakhir pada 29 November," katanya dalam satu kenyataan. – Bernama,