Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MCA juga menentang hudud

$
0
0


Oleh SELENA TAY


MCA menentang hukum hudud tetapi mereka dengan liciknya telah menyuruh DAP bersuara lantang menentang hudud pula.

Bagi DAP pula, mereka harus menangani isu ini dengan bijak dan jangan ikut telunjuk MCA kerana matlamat MCA hanyalah ingin mempergunakan dan memperbodohkan DAP sahaja

Tujuan MCA menghasut DAP menentang hudud merupakan kerja batu api supaya DAP bergaduh dengan PAS. Justeru, DAP tidak harus diperdayakan oleh MCA ataupun jatuh ke dalam jerat politik MCA.

Namun begitu, DAP terpaksa bersuara juga dalam isu hudud.

Oleh itu, PAS tidak perlu kecil hati, kecewa ataupun marah terhadap tindakan DAP.

Ini adalah kerana kalau DAP diam membisu sahaja, maka MCA akan menuduh DAP sebagai tunduk kepada PAS ataupun amat takut kepada PAS.

DAP bersuara menentang hudud ialah dengan tujuan untuk meredakan hati pengundi Cina.

Jika DAP gagal bersuara menentang hudud, terdapat kemungkinan DAP dan Pakatan Rakyat akan kehilangan sokongan pengundi Cina dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang kerana MCA akan menggambarkan DAP sebagai tidak mempedulikan suara pengundi Cina.

Inilah senario politik Cina di antara MCA dengan DAP dalam isu hudud.

Semua pihak dalam Pakatan kena pandaipandailah baca mainan parti politik. Suka atau tidak, ini adalah hakikat atau realiti senario politik pada masa kini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722