Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

K'jaan tak akan suntik dana selamatkan MAS

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak akan menyuntik dana untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS), yang tidak mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Gulf News melaporkan Nazri sebagai berkata bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan MAS, syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia Tenggara, yang bergelut dengan persekitaran yang kompetitif, walaupun sebelum kehilangan MH370.

"Untuk menyuntik modal baru pastinya bukan satu pilihan," katanya di pameran pelancongan di Dubai.

Laporan itu juga berkata pihak pengurusan kanan syarikat penerbangan milik negara itu, juga mungkin berdepan dengan tindakan melepaskan jawatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722