Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM,: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati memberi gambaran salah berhubung kualiti air mentah dan terawat yang disalurkan kepada penduduk di Lembah Klang.
Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat, berkata kajian yang dijalankan perunding yang dilantik sejak tahun 2011 mendapati parameter logam berat di dalam kolam alternatif berkenaan adalah selamat dan mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Katanya, laporan kualiti air mentah yang direkodkan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) turut mendapati tiada sebarang perlanggaran direkodkan bagi parameter logam berat, pada Mac lalu.
“LUAS juga sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan kualiti air mentah adalah mematuhi had piawaian yang ditetapkan untuk dirawat oleh loji pembersihan air (LPA) dan selamat digunakan orang ramai.
“Justeru, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang secara sengaja atau tidak memberi gambaran yang salah terhadap kualiti air mentah dan terawat,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Md Khairi berkata, kolam sumber air alternatif itu sudah dikenalpasti sejak tahun 2009 lagi dan beberapa siri pensampelan air kolam bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mula dijalankan sejak 2011.
Beliau berkata, 27 parameter sudah diuji yang merangkumi kategori fizikal, logam dan logam berat dengan hasil analisa menunjukkan parameter logam berat di dalam kolam tersebut tidak melebihi had yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pensampelan dijalankan di lima buah kolam iaitu Kolam Kambing Susu, Kolam KL-Larut, Kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Rasa dan satu sampel di Sungai Selangor, pada 2 Mei lalu.
“Sampel ini sudah dihantar ke Jabatan Kimia dan makmal pihak ketiga yang mendapat akreditasi iaitu ALS Technicam (M) Sdn Bhd.
“Walaupun terdapat beberapa parameter di dalam kumpulan logam yang melebihi piawaian, namun dengan kualiti yang sedikit dan boleh dirawat oleh LPA,” katanya.-NFN-