Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Reezel tidak perlu selar Gerakan, dan jadi "hitch hiking"

$
0
0
MSO


Ahli Majlis Tertinggi Umno Reezel Marican Naina Marican (foto) tidak cukup hanya setakat menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe yang mengomen mengenai hukum hudud yang menurutnya (Reezedl) boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam, dan juga tidak cukup setakat mengingatkan agar pemimpin komponen BN tidak melampau mengeluarkan komen terhadap hudud kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sebagai seorang muslim dan ahli parlimen yang mempunyai satu kuasa di parlimen, apa yang Reezel patut lakukan menyatakan pendirian tegasnya sedia menyokong RUU persendirian yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen.

Juga tidak cukup Islam Reezel kalau setakat memberi peringatan dan teguran kepada Lian Hoe dan pimpinan BN yang lain. Islam bukan sahaja setakat mencegah kemungkaran tetapi membangunkan amal makruf.

Apakah Reezel berani untuk menyatakan pendiriannya dan memberi undi kepada Pas? Kalau setakat hendak menunjukkan daya dan keprihatinan Islam kita lebih dengan membuat selaran dan teguran ia tidak berbolai setakat itu, sebaliknya lebih afdal dan tinggi darjahnya kalau Reezel menyatakan sokongan. Reezel yang mempunyai pengetahuan Islam yang agak mantap patut mendahului mana-mana ahli parlimen atau MT lain termasuk Khairy Jamaluddin atau Ahmad Maslan.

Orang ramai mahu tahu apakah pendirian sebenar Reezel berhubung rancangan kerajaan Pas Kelantan itu apakah setakat hendak menumpang "tui" untuk menujukkan dirinya juga komited dengan Islam ataupun mencari sedikit modal politik untuk digunakan dalam kempen dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Orang yang sudah Islam, memahami akan syariahnya, tidak elok kalau menunjukkan keberanian hanya dengan kata-kata tetapi bacul untuk melaksanaknya.

Lebih afdal lagi kalau Reezel sendiri mencadangkan kepada MT Umno agar Umno yang membawa private bill yang hendak dibawa oleh Pas itu. Dengan cara itu sahaja baru orang percaya dan yakin yang Umno dibawah Najib Razak berbeza jauh dengan Umno dibawah Dr Mahathir Mohamad. Kalau setakat  hendak ikut Pas maka jadilah Umno sebagai "hitch hiking" yang mahu menumpang lori untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Bukan itu sahaja keyakinan orang Melayu kepada Umno juga akan bertambah dan tidak mustahil Umno akan menjadi lebih popular daripada Pas. Ada beranikah?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722