Oleh S.M. Mohamed Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi berkaitan melarang mana-mana pihak yang diberi tanggungjawab membersihkan saliran dan sungai supaya tidak menggunakan racun rumpai bagi tujuan itu.
Larangan tersebut perlu dikuatkuasakan segera kerana perbuatan tersebut kini semakin meluas berlaku di kawasan pertanian di negara ini sehingga menjejaskan alam sekitar di tahap yang membimbangkan.
Mengulas laporan akhbar tempatan baru-baru ini mengenai pesawah di Tikam Batu, Kedah, mengupah pekerja di sini membersihkan tali air di kawasan tersebut dengan cara meracun, CAP kesal dan membantah kaedah yang digunakan itu kerana ia boleh mencetuskan berbagai kesan buruk.
Kira-kira 600 pesawah di sini terpaksa bertindak demikian kerana pihak berkuasa berkenaan tidak bertindak lebih awal membersihkan tali air sejak sekian lama menyebabkan bekalan air tidak sampai ke kawasan sawah mereka setiap kali musim penanaman padi tiba.
Tali air di kawasan ini bukan saja ditumbuhi pokok kangkung dan rumpai liar yang tebal tetapi juga dipenuhi semak samun.
Antara kampung-kampung yang terlibat dengan masalah ini ialah Kampung Berapit, Simpor, Komoi, Batu Lintang dan beberapa kampung lain berhampiran yang berjumlah kira-kira 500 hektar sawah di kawasan tersebut.
Tinjauan CAP mendapati kesan akibat menggunakan racun bagi membunuh rumpai dan tumbuhan liar di dalam saliran serta sungai di kawasan sawah boleh menyebabkan sistem pengairan menjadi cetek akibat mendapan sisa tumbuhan yang mati.
Pada masa yang sama berlaku pencemaran air dan keruntuhan tebing sungai.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya limpahan air atau banjir kilat pada masa akan datang, sekali gus mengancam kehidupan penduduk tempatan dan memusnahkan tanaman padi berhampiran.
CAP berharap masalah ini diberi perhatian serius dan diambil tindakan segera oleh pihak berkenaan agar kehidupan pesawah dan kegiatan harian mereka tidak terjejas akibat penggunaan racun serta amalan yang boleh memudaratkan alam sekitar. –