Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hasil Buah-Buahan Tempatan Susut 60%, Harga Meningkat

$
0
0
Seorang penjual buah-buahan Irwan Syah menyusun buah-buah tempatan di gerainya di Jalan Raja Alang dekat Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

Oleh: P. ARUNA


PETALING JAYA: Tahun ini dilihat sebagai tahun yang kurang subur bagi buah-buah tempatan apabila terdapat penurunan 60% dalam pengeluarannya berikutan musim kemarau yang melanda negara baru-baru ini.

Buah-buahan juga menjadi mahal dengan kenaikan harga antara 50 sen dan 60 sen sekilogram bagi pelbagai jenis.

Keadaan itu dilihat tidak mungkin lebih baik sepanjang tahun ini.

Penanam buah-buahan bersedia untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang rendah apabila Jabatan Meteorologi meramalkan terdapat satu lagi musim kering selepas ini.

Presiden Persatuan Peladang Buah-Buahan Malaysia, Hong Jok Hon berkata, penurunan dalam bekalan buah-buahan, termasuk limau, jambu, mangga, betik, tembikai dan belimbing dijangka bertahan sehingga Julai sebelum keadaan kembali normal.

Bagaimanapun beliau berkata, kemarau dijangka berlaku antara Jun dan Oktober yang mungkin menyebabkan hasil tuaian susut pada musim berikutnya.

Hong berkata, harga buah-buahan ini meningkat kira-kira 15% atau purata 50 sen kepada 60 sen bagi setiap kilo, bergantung kepada jenis buah-buahan.

Buah-buahan biasanya mengambil masa yang lebih lama, antara empat dan enam bulan untuk dituai berbanding sayur-sayuran.

Beliau berkata, pengeluaran buah-buahan dijangka susut pada Mei ini.

"Di ladang saya sendiri, saya pernah mendapat kira-kira 7,000 hingga 8,000 biji mangga dan nangka seminggu tetapi jumlahnya menurun kepada 1,000 biji," katanya.

Bagi jambu, kebiasaanya akan memperoleh kira-kira 1,000 bakul seminggu yang kini menurun kepada hanya 200 bakul.

Penuaian limau kira-kira enam tan menurun kepada satu tan, manakala belimbing tidak dapat dituai kerana buah-buahan itu telah rosak sebelum sempat ranum.

Mengenai harga, Hong berkata, jambu batu meningkat dari kira-kira RM3 sekilo kepada RM3.50, mangga dari RM2.50 kepada kira-kira RM3, pisang dari kira-kira RM4 kepada RM4.50.

Presiden Persatuan Pengeksport Buah Malaysia, Ricky Yong berkata, eksport buah-buahan tempatan menurun sehingga 40% kerana musim kemarau. Semua persatuan mencatatkan penurunan dalam semua eksport utamanya seperti belimbing, durian, nenas, betik dan nangka.

"Malah buah-buahan bermusim seperti durian terjejas kerana bunga-bunga kering semasa musim kemarau."

Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Maklumat Pasaran, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Dr Bisant Kaur berkata, bekalan betik dijangka susut lebih jauh kerana satu wabak telah menjejaskan buah.

"Kami menjangkakan lebih banyak mangga dan durian pada Jun, tetapi sama ada buah-buahan akan ranum di pokok-pokok atau gugur sebelum sempat dilihat pada musim menuai," katanya.

Menurut data dari Fama, harga belimbing meningkat 16.5 % manakala harga jambu batu meningkat hampir 15%.

Beberapa jenis mangga dan buah naga bagaimanapun menunjukkan penurunan harga pada bulan lepas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722