MALAYSIAKINI
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sekiranya MCA tidak akan menimbulkan isu hudud lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan jawatan Kabinet untuk parti itu.
"Jelas sekali MCA takut tidak mendapat apa-apa jawatan dalam pentadbiran Najib, ia telah menyebabkan presiden MCA Liow Tiong Lai panik..."
"Adakah MCA berkeras untuk mendapatkan jawatan kerajaan sehingga MCA tidak berani mendesak Umno untuk menghalang PAS melaksanakan hudud ke atas orang Islam di Kelantan?," soal Lim dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib dalam ucapan pengerusi BN itu semalam di Majlis Perpaduan MCA di Setapak, yang mempelawa pemimpin parti berasaskan Cina itu untuk menyertai semula Kabinet.
Najib tidak menggunakan peluang dalam program tersebut untuk membangkitkan isu hudud, walaupun MCA tidak putus-putus menyelar usaha PAS Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk melaksana hudud.
Walhal, Umno yang menyebabkan PAS dan DAP bermusuh kerana pemimpin Umno termasuk Najib secara terbuka menyokong langkah parti Islam itu, kata Lim.
Lim juga berkata Liow gagal "memarahi Menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom untuk menghasut PAS di Parlimen pada 27 Mac untuk melaksanakan hudud ke atas orang Islam di Kelantan".
"Tidak seperti MCA yang hanya tunduk kepada Umno, DAP bertindak secara terbuka mengkritik PAS yang jatuh ke dalam perangkap Umno untuk bekerjasama dengan Umno bagi melaksanakan hudud di Kelantan," katanya.