Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Utusan: Dataran boleh jadi medan perarakan LGBT

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Satu tulisan pojok dalam akhbar Mingguan Malaysia membayangkan bahawa Dataran Merdeka mungkin menjadi medan perarakan golongan homoseksual yang tidak akan segan silu menuntut hak mereka.

Tulisan di ruangan Bisik-bisik Awang Selamat, yang memetik kenyataan seorang pemimpin NGO Islam, menyebut kumpulan gay, lesbian dan transgender (LGBT) itu muncul semasa perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Khamis lalu.

“Ketua Delegasi Muslim UPRo, Azril Mohd Amin melihat hal tersebut dengan menjangkakan suatu hari nanti akan berlangsungnya perarakan gay di Malaysia.

“Awang sependapat. Sememangnya aktivis LGBT kini memperhebatkan usaha menuntut banyak perkara termasuk berarak sebagaimana di banyak negara barat.

“Bayangkan nanti perarakan bogel dan sesama janjita bercium dalam perarakan depan Dataran Merdeka,” tulisan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu dipetik.

Malaysiakini pada hari Khamis lalu melaporkan, sekumpulan pemuda Cina yang secara terbuka mengaku homoseksual turut menyertai perhimpunan.

Mereka membawa plakad dengan tulisan dalam bahasa Cina yang membawa slogan "Kami homoseksual, kami tentang GST" dan "Tidak kira saya tidur dengan siapa, saya tentang GST" dalam bahasa Cina.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722