MALAYSIAKINI
Kumpulan NGO Barisan Perpaduan Nasional merancang untuk membentuk satu memorandum berdasarkan mendapatkan pandangan dari masyarakat Islam berhubung usaha memupuk perpaduan dalam negara.
Pengerusinya, Tun Abdul Hamid Mohammad berkata, memorandum itu akan dibentangkan dalam satu konvensyen pada September, sebelum dipersebahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri.
"Sekarang ini apabila ada sesetengah pihak begitu berani mencabar Perlembagaan Persekutuan.
"Pihak kami akan cuba cari jalan menyediakan memorandum mengenai pandangan orang Islam-Bumiputera kerana kita nak kekalkan perpaduan," kata Abdul Hamid dalam satu sidang media hari ini.
Sementara itu, presiden NGO PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam sidang media sama berkata, BPN menubuhkan lima belas jawatankuasa yang memfokuskan lima aspek perbincangan.
“Setiap satu (jawatankuasa) mempunyai lima kelompok merangkumi aspek perlembagaan, keselamatan, politik, agama Islam, ekonomi dan pendidikan (untuk) dibentang dalam BPN.
"Sebanyak 300 surat dihantar kepada NGO di seluruh negara bagi mereka kemukakan maklumat sebelum 15 Jun nanti," katanya selaku pengerusi jawatankuasa bagi menyedia memorandum tersebut.
Selain itu, sekretariat BPN juga akan menganjurkan dialog awam di lima negeri bagi memperoleh pandangan orang ramai bagi penyediaan memorandum yang sama.
Lima negeri yang dipilih iaitu Johor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Terengganu dan Sabah, katanya.
Turut hadir adalah dua orang timbalan pengerusi BPN, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
BPN yang dianggotai 55 NGO ditubuhkan pada 14 Mac lalu.