Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM : Kerajaan Negeri membuat pemantauan dan penelitian secara berkala dari masa ke masa bagi memastikan bekalan air mentah di Selangor adalah mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna.
Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sidang media berkenaan paras air di setiap empangan di Selangor juga akan diteruskan setiap tiga hari sekali untuk pengetahuan umum.
“Kerajaan negeri tidak berani menjamin 100 peratus (catuan air tidak berulang) kerana musim kering akan berlaku dalam bulan Julai nanti, tetapi kita akan buat pemantauan dan penelitian dari masa ke masa.
“Kita juga akan maklumkan tentang keadaan sumber air mentah dan isu yang berkaitan setiap tiga hari sekali,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan Hari Sukan Antarabangsa peringkat negeri Selangor dekat sini.
Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan pengagihan air berjadual atau catuan air yang dilaksanakan sejak Februari lalu dihentikan serentak di semua kawasan terlibat mulai 1 Mei.
Keputusan itu dibuat bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) serta syarikat-syarikat konsesi dalam Mesyuarat Pelan Catuan Bekalan Air Negeri Selangor, baru-baru ini.
Kerajaan negeri turut berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan.EZY