MALAYSIAKINI
Seorang pakar Perlembagaan membidas tindakan melabelkan penjawat awam yang menyertai perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai pengkhianat.
Abdul Aziz Bari (kiri) berkata penjawat awam tidak perlu setia kepada
kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya, hanya perlu melaksanakan dasar-dasar kerajaan, "selagi ia mengikut undang-undang".
Beliau merujuk kepada amaran yang dikeluarkan Presiden Cuepacs, Azih Muda Khamis lalu bahawa penjawat awam yang menyertai himpunan itu melanggar akujanji dan ikrar perkhidmatan dan dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak menjawat jawatan kerajaan.
Menurutnya, Aziz tersilap kerana akujanji yang 'dipaksa' ke atas penjawat awam pada tahun 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertentangan dengan Perlembagaan.