MALAYSIAKINI
Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook 'Save Malaysia, No Hudud' bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi menyampaikan maklumat dan pandangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai berhubung perkara itu.
"Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM di ibunegara hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.
Liang berkata Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.
"Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak semestinya anti-hudud itu anti-Islam... Cuma hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini," katanya.
Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini. Bernama