Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Melayu ramai bantah GST kerana masih miskin'

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Kehadiran ramai orang Melayu dalam himpunan membantah cukai jualan dan perkhidmatan (GST) semalam, seperti dibangkitkan pemimpin BN semalam, kerana golongan itu masih miskin dan bakal terkesan dengan pelaksanaan GST kelak.

Bagaimana, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, dominasi orang Melayu dalam perhimpunan semalam bukan isu utama kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi orang ramai.

"Kurang lebih (kaum mana yang berhimpun) itu biasa.

"Kalau Umno kata orang Melayu sahaja yang keluar, ya, orang Melayu masih ramai yang miskin," katanya pada sidang media pagi ini.

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang secara sinis berkata mereka yang turun ke himpunan semalam sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton filem Spiderman di pawagam.

Menurutnya, hanya orang Melayu 'merangkak' di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin PKR dan PAS.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722