Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar: ‘Lakukan perubahan sekarang, jangan tunggu 4 tahun lagi’

$
0
0

himpunan12

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahukan perubahan dalam negara dilakukan sekarang dengan tidak menunggu Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi,” kata Anwar semasa Himpunan 1 Mei membantah pelaksaaan GST di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini.

Anwar berkata, perhimpunan hari ini yang dijayakan akan digerakkan sekali lagi sehingga Kerajaan BN menghentikan pelaksanaan GST yang bermula April 2015.

“Jika kita kerajaan, kita perlu dengar cakap kerajaan atau kerajaan dengar cakap kita?,” soalnya.

Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada anggaran 50,000 peserta yang hadir.

anwar selfie“Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir,” katanya.

“Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya
“Menteri BN faham? mereka tak faham,” katanya lagi.
bantah gst1

Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai bila-bila.

Anwar berkongsi saranan dari rakan-rakannya di luar negara yang menggesa beliau agar tidak pulang ke Malaysia selepas berkunjung ke London baru-baru ini.

“Tapi saya katakan ‘tidak’! Saya akan balik ke Malaysia untuk berjuang!,” katanya.

LIHAT Video  - EZY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722