ANTARAPOS

KOTA KINABALU: Bukit Aman sedang berhubung dengan pihak keselamatan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan militan kelahiran Malaysia, Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Marawi City, tengah malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan laporan terbabit.
"Kita masih berhubung dengan pihak berkuasa Filipina untuk mendapatkan kepastian," katanya kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi.
Hari ini, tentera Filipina berkata 'kemungkinan besar' Mahmud terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi yang turut mengorbankan 13 pemberontak.
Timbalan Komander operasi di Marawi, Kolonel Romeo Brawner, dilaporkan berkata, siasatan lanjut masih diperlukan, termasuk menyoal siasat tebusan dan ujian saintifik, namun pihak tentera yakin Mahmud antara yang terbunuh.