Basyar Abkadir
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendedahkan, longgokan sampah di bahu jalan lingkaran tengah 2 (MRR2) Sabtu, 21 Disember lepas adalah sabotaj daripada syarikat pengurusan sampah Alam Flora.
Menurut Tian, tujuan sabotaj adalah untuk mengambil alih tender pengurusan sisa pepejal bernilai RM 80 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Umpan Jaya sebelum ini.
“Saya ada menyimpan bukti dan saksi daripada orang awam, bahawa kerja-kerja longgokan sampah di tepi lebuh raya dilakukan oleh Alam Flora.
“Lori yang digunakan pada pagi 21 Disember lalu adalah milik Alam Flora,” kata Tian.
Carian Keadilandalily mendapati, kontraktor tersebut adalah syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd, milik bekas Ketua Umno Batu Kawan, Pulau Pinang, allahyarham Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim dan anak-anaknya sebagai ahli lembaga pengarah.
Kata Tian,sampah sarap sengaja dilonggok di tepi MRR2 berhampiran pusat pengumpulan sampah milik syarikat Umpan Jaya dengan tujuan agar orang ramai beranggapan bahawa Umpan Jaya yang akan bertanggungjawab.
“Syarikat Umpan Jaya mendapat bayaran daripada DBKL sebanyak RM80 juta untuk kontrak selama 3 tahun. Kontraknya akan tamat pada Januari 2014.
“Jadi DBKL mempunyai tekanan daripada orang awam akibat kelemahan pengurusan sampah oleh Syarikat Umpan Jaya, pada masa yang sama terdesak untuk menggantikan syarikat tersebut.
“Berkemungkinan DBKL akan memberikan terus (kontrak) kepada Alam Flora untuk meneruskan kerja-kerja pengumpulan yang dilakukan Syarikat Umpan Jaya sebelum ini.
Dedah Tian, kontrak pengurusan sampah diserah kepada Umpan Jaya dilakukan tanpa proses tender terbuka.
“Saya gesa pihak DBKL teruskan sistem tender. Jangan terkesan dengan krisis ini demi profesionalisme DBKL sendiri,”katanya.
Pada hari Sabtu 21 Disember lalu, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok sepanjang bahu jalan MRR2, Kepong menyebabkan kesesakan teruk dan penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau busuk sepanjang jalan tersebut.